didot's FotoPage

By: didot godot

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  >  >>]    [Archive]
Friday, 11-May-2007 01:00 Email | Share | | Bookmark
abah n his dream car...

 
my dream car too...hehehhe...tumpang gambo je...


Tuesday, 23-Jan-2007 05:52 Email | Share | | Bookmark

Nama-nama Jawa

Pandai tanam bunga, diberikan nama Rosman.

Pandai membaiki kereta, namakan Karman

Average dalam golf, Parman

Pandai dlm penulisan, Suratman

Gagah perkasa, Suparman

Minat kepada muzik, Wakiman

Pandai dan selalu bertanya, Azman (loghat jawa bunyinya Asman)

Pandai buat kuih, Paiman

Pakar jualan, Saliman

Pakar pasal alam sekitar, Jasman

Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu, Saniman

Menjadi doktor gigi, Sugiman

Cepat naik pangkat, Yasman

Jadi kaki pukul dan dera orang, Deraman

Berdarah Bengali, Manbai

Pandai buat skim cepat kaya, Pakman (Te' Lo)

Minat muzik Rock, Rokiman

Pakar kunci, Lokman

Baik budi pekertinya, Budiman


ada lagii...


Buat kerja ala kadar -Kadarisman

Suka bagi orang susah-Sukarman

Suka mengada-ngada -Ngadiman

Dua alam -Herman

Kalau yang kuat berlawan - Ultraman

Pandai main daun terup poker - Pokeman

Yang paling BEST pandai pantun - pantunman


Tuesday, 23-Jan-2007 05:48 Email | Share | | Bookmark

[b]Tuhan Memanggil Kita[/b]

Kekadang menyembang dengan orang tua ni kelakar pun ada, terasa 'bunk' pun ada. Kena pulak yang kita tengah hadap tu bukan alang-alang orang. Agaknya pada mata dia, seronok kot tengok kita terkulat-kulat mencari jawapan. Lepas tu dia senyum sumbing je tengok gelagat kita.

Begitulah pengalaman aku 8-9 tahun dahulu. Ini lah ceritanya:

"Tahu nombor telefon Allah Taala?" Tetiba je aku di tanya orang tua ni.

"Hah?!" Dalam kepala aku dah nampak pondok telepon je.. pondok telepon telekom tu lah, yang warna biru tuu.. hebat orang tua ni, nombor telepon Allah Taala pun dia buleh tau. AKu dah merangka-rangka nak telepon juga selepas ini! Masa tu handphone masih lagi 'rare species'.

"Hah, cepat salin!"

Beria-ria aku carik pen dengan kertas. Pergh! aku rasa memang best betul masa tu... apa tidaknya, aku bakal menerima nombor telepon Allah Taala dan lepas ni aku buleh 'call' DIA!. Sapa tak rasa best!?

"Tiga, empat, dua, empat, empat!"

Aiik..? apasal 5 nombor je? setau aku paling kurang nombor telepon kena ada tujuh digit (Masa ni nombor telepon 7 angka saja). Agaknya nombor 'special' kot? Musykil betul aku.

"Apasal 5 nombor je pakcik?"

"Ye la, tiga maghrib, empat isya', dua subuh, empat zuhur dan empat asar!"

mmmmmmph! jenuh aku kena ketawa! apa punya benak aku ni.

Memang betul lah, sewaktu kita bersolat itu kita sedang berinteraksi dengan DIA. Maknanya kita 'call' DIA! Sedangkan waktu azan itu, DIA yang 'call'.

34244... cuba la dail. gerenti dapat! tak pernah 'engage'![quote]


Tuesday, 23-Jan-2007 03:12 Email | Share | | Bookmark
farewell...

duriannnnnn
opis mate...
taken by Mr HL Lim dari lantai...
View all 6 photos...


Tuesday, 23-Jan-2007 01:23 Email | Share | | Bookmark
underwater restaurant...beautiful!

 
 
 
View all 10 photos...


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net